Thursday, July 19, 2012

Setan Merah Kini Menyerang!



SAN DIEGO – Penduduk di sini kecoh selepas pantai-pantainya diserang sotong gergasi mencecah 1.5 meter panjang.
Kehadiran sotong yang terkenal dengan gelaran ‘Syaitan Merah’ itu menakutkan orang ramai terutamanya penyelam manakala puluhan bangkai raksaksa laut itu dilihat terdampar di tepi beberapa buah pantai yang sarat dengan pelancong.
Sotong jenis Humbolt itu dipercayai bergerak dari laut dalam pada minggu lalu dan mengancam penyelam yang tidak menyedari kehadirannya.
Ia boleh membesar sehingga mencecah berat 45 kilogram dan merupakan haiwan pemangsa ganas.
Seorang penyelam, Shanda Magill memberitahu dia hampir menemui ajal apabila dilanggar dan dibelit seekor sotong besar itu sebelum ia melepaskannya dan beredar semasa dia menyelam di perairan cetek di sini baru-baru ini.
“Saya tidak akan menyelam lagi sehingga semua sotong itu beredar. Saya seperti masuk ke dalam kandang singa,” kata seorang penyelam lain, Mike Bear.
Sotong Humbolt memburu dalam kumpulan besar mencecah 1,200 ekor dan mampu menggelonsor di atas permukaan laut seolah-seolah sedang terbang. – AP

No comments:

Post a Comment