BETONG:
Wanita pekerja seks dari daerah ini atau digelar ‘wanita kawad cam’
menjadi pilihan golongan lelaki ‘hidung belang’ dari Malaysia untuk
dilanggan dengan bayaran antara RM200 dan RM300 bagi tempoh 12 jam
kerana didakwa boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu berbanding wanita
dari daerah lain di selatan Thailand.
Pada
kebiasaannya, pekerja seks berkenaan akan dikumpulkan dalam bilik khas
di sepanjang deretan premis pelacuran di kawasan itu yang dimiliki tauke
warga Thailand sebelum dipilih pelanggan melalui kaedah ‘duduk dan
pilih’.
Pelanggan
yang berminat akan dibawa masuk ke dalam premis sebelum dipelawa duduk
di sofa disediakan pemilik premis sebelum pekerja seks yang ditempatkan
di tingkat atas premis dipanggil dan diarah berdiri dalam barisan di
depan pelanggan.
Perbuatan kumpulan antara lapan hingga 15 wanita
terbabit yang berdiri tidak ubah seperti proses kawad cam penjenayah
dilakukan polis terhadap suspek kes jenayah.
Bapa ayam kemudian akan memperkenalkan nama setiap wanita berkenaan sambil memberitahu harga bayaran dikenakan.
No comments:
Post a Comment