Saturday, October 1, 2011

Kaki jenazah terpaksa dipotong kerana tidak muat dalam keranda



Lihat saja helah seorang pengusaha sebuah perusahaan keranda jenazah di Allendale, South Carolina, AS, ini. Ketika ada jenazah yang tidak muat untuk dimuatkan ke dalam peti yang sudah disiapkan kerana ketinggiannya melebihi kebiasaan iaitu sekitar 1.82 meter, pengusaha tersebut telah memerintahkan pekerjanya memotong kaki si mati untuk ”memendekkannya” sehingga jenazah itu mampu muat di petinya.

Ann Hines,isteri kepada James Hines (si mati) mengakui yang dia memang memesan keranda jenazah yang berukuran biasa untuk jenazah suaminya. Namun menurut dia, tidak seorang pun dari perusahaan keranda jenazah itu yang memberitahunya agar menempah peti yang lebih besar kerana jenazah suaminya itu tidak muat dalam peti yang sudah dipesan itu. Ann tetap tidak curiga walaupun seluruh teman dan salah seorang anak lelakinya berkata peti jenazah itu nampak terlalu kecil buat bapanya.

Kes ini baru terungkai ketika ada seseorang yang entah siapa melaporkan kecurigaan kejadian itu pada pihak polis. Makam Michael Hines akhirnya dibongkar dan helah perusahaan pengurusan jenazah itu pun terbukti. Pemilik perusahaan itu pun akhirnya dijatuhkan hukuman denda,perniagaannya disenarai hitam dan disita.

No comments:

Post a Comment