Hujah pembukaan bermula kelmarin di sebuah mahkamah di sini dalam perbicaraan ke atas seorang doktor yang dituduh membunuh Raja Pop, Michael Jackson.
Seorang pendakwa raya menyatakan kepada juri bahawa penyanyi itu menyalahletakkan keyakinan terhadap doktor itu, Conrad Murray yang menyebabkan kematiannya.
Seorang pendakwa raya menyatakan kepada juri bahawa penyanyi itu menyalahletakkan keyakinan terhadap doktor itu, Conrad Murray yang menyebabkan kematiannya.
Dalam bilik Mahkamah Tinggi Los Angeles, satu gambar mayat penyanyi itu di atas katil sebuah hospital didedahkan.
Satu audio rakaman penyanyi itu yang kelihatan seperti sudah diberi ubat yang kuat dua bulan sebelum kematiannya juga didedahkan.
Video rakaman Jackson melakukan latihan persembahan The Way You Make Me Feel sebelum kematiannya juga disiarkan.
Timbalan Peguam Daerah, David Walgren menyatakan kepada juri bahawa dia akan memperincikan apa yang berlaku pada beberapa jam terakhir kehidupan penyanyi tersebut, dari ketika dia meninggalkan latihan nyanyian sehingga kepada anggota-anggota paramedik dipanggil ke kediaman yang disewanya.
Jackson meninggal dunia disebabkan ubat pelali yang kuat, propofol yang berlebihan.
“Apa yang terjadi pada jangka masa itu adalah kerana perlakuan dan kecuaian doktor peribadi Michael Jakson, Conrad Murray secara langsung menyebabkan tanpa disangka-sangka kematiannya pada umur 50 tahun,” kata Walgren.
Dia berkata, Jackson percaya kepada Murray sebagai doktornya.
“Kepercayaan yang disalahletakkan kepada Conrad Murray itu mengorbankan nyawa Michael Jackson,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment