Sunday, October 2, 2011

Tuah Sekeping Gambar Kembar Enam di Facebook, Oprah Winfrey Menghadiahkan $250,000



Tuah sekeping foto unik " Rozonno dan Mia McGhee bersama kembar enam mereka" - Olivia, Madison, Rozonno Jr, Yosia, Elia dan Ishak - muncul dalam rancangan talk show Oprah hari ini selepas mereka menjadi sensasi di internet.

Tuah yang tidak disangka bermula apabila Mia memuat naik foto yang sungguh unik dan menarik di halaman Facebooknya. Seperti orang lain, Oprah Winfrey amat tertarik dengan gambar tersebut lalu ingin menemui mereka. Dalam rancangan bual bicara, pasangan itu berkata kepada Oprah, bagaimana sukarnya untuk mengurus bayi kembar enam, tambahan pula kos yang tinggi diperlukan. Mereka memerlukan 50 diapers dan 30 botol susu sehari sedangkan Rozonno hanyalah seorang pekerja di syarikat perkhidmatan mencuci karpet.

Di akhir rancangan, Oprah telah menghadiahkan keluarga Rozonno $ 250,000 kredit di Walmart serta berbulan madu di Las Vegas.
Pasangan ini telah berusaha mempunyai bayi selama tiga tahun sebelum akhirnya beralih ke rawatan kesuburan.

Rozonno McGhee hugs Oprah after learning she has given them $250,000 in credit at Walmart and a long overdue honeymoon in Las Vegas

Gratitude: Mia McGhee is comforted by her husband as she breaks down in tears at Oprah's gift

No comments:

Post a Comment