Sunday, August 1, 2010

Tahniah Asraf Juara Imam Muda Musim Pertama


Syabas dan tahniah buat Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan kerana baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Imam Muda musim yang pertama yang disiarkan di Astro Awani 106 malam Jumaat semalam.

asraf juara imam muda

Asraf yang pada mulanya tidak percaya kerana dipilih sebagai juga, kemudiannya memanjangkan kesyukuran atas kemenangan tersebut.

“Saya berasa gembira bukan disebabkan saya dinobatkan sebagai juara. Namun saya lebih gembira kerana program dapat ditonton oleh umat Islam di seluruh dunia.

Hasbur yang juga saingan Asraf dalam pusingan akhir turut bersyukur atas segala keputusan juri an undian. Mereka(Hasbur dan Asraf) bercadang untuk menubuhkan kelas agama dan kelab mereka sendiri kelak.

“Insya-Allah, kami akan menubuhkan kelas agama dan kelab untuk remaja,” kata Hizbur.

Sesiapa yang ketinggalan melihat malam kemuncak tersebut boleh lihat rakaman semuala disini:-

Sistem pengadilan dan pemarkahan dikira berdasarkan ujian teori sebanyak 50% dan praktikal masing-masing 20%, manakala 30% markah lagi ditentukan pada pusingan kemuncak.

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar, Ustaz Shahrizan Daud, Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Ia dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Majlis Pertandingan Akhir Imam Muda semalam turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program Realiti Imam Muda telah mencipta sejarahnya sendiri apabila mendapat liputan luas daripada media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York.

Sebagai Juara Imam Muda Musim Pertama Asraf menerima hadiah seperti berikut :-
1. Kereta Proton Exora bernilai lebih RM150,000
2. Pakej menunaikan haji
3. Wang tunai RM20,000
4. Komputer riba Apple MacBook pro
5. Telefon bimbit iPhone 3G
5. Berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi
6. Jawatan(Kontrak) sebagai imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan team produksi Imam Muda kerana berjaya melahirkan program realiti yang bermutu.

No comments:

Post a Comment