Monday, July 30, 2012

Sistar(씨스타) _ Alone(나혼자) MV

Friday, July 27, 2012

Watch full movie Man Sewel Datang KL Full Movie 2012

Watch full movie Man Sewel Datang KL Full Movie 2012 @ http://youtu.be/hYeehxKsqo8

then like & share this page http://www.facebook.com/pages/Cite-Sini-Abis-Sini-La-Ekk/211190449006518


Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook



Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook | Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.

Hiasan
Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber. Walaupun perkara ini nampak macam remeh, tetapi sekurang-kurangnya langkah seperti ini mampu menjaga privasi anda dan keluarga dengan lebih selamat lagi.

Tuesday, July 24, 2012

Warga Bangladesh Dipenjara 13 Tahun Kerana Merogol!




PETALING JAYA – Seorang pencuci kereta warga Bangladesh dipenjara 13 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana merogol seorang pelajar perempuan lembam.
Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mamun, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes ini.
Yasmin memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 16 Februari 2011.
Tertuduh didakwa merogol pelajar tingkatan satu yang berusia 12 tahun sembilan bulan itu di dalam sebuah kedai kosong, Jalan PUJ, 3/12, Taman Puncak Jalil, Selangor, 14 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Gurmit Singh yang mewakili Mamun, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memohon supaya diberikan peluang untuk kembali ke pangkal jalan.
Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin memberitahu mahkamah tertuduh sepatutnya berfikir dahulu sebelum melakukan kesalahan itu lebih-lebih lagi dia adalah seorang bapa.
Di mahkamah sama, seorang buruh binaan dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan merogol pelajar sekolah rendah, dua tahun lalu.
Yasmin membuat keputusan tersebut di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Misnam Asmawi, 24.
Misnam yang diwakili peguam Esther Tan, didakwa merogol pelajar perempuan berusia 12 tahun itu, di Lot 3311-14 Kg Paya Jaras Hilir, Sungai Pelong, Selangor, antara Oktober 2010 hingga November 2010.
Sepanjang perbicaraan empat saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan. – BERNAMA

Anak Dara Serahkan Mahkota Kesucian Diri!



Bagaimana jika hampir 80,000 orang wanita yang masih dara berbaris sambil menari dan sanggup menyerahkan mahkota diri mereka kepada anda?
Mahu pengsan sekejap silap hari.
Inilah yang terjadi di Swaziland, salah sebuah wilayah berautonomi di Afrika Selatan.
Setiap tahun, puluhan ribu anak gadis serta wanita yang belum berkahwin dan masih dara sanggup datang dari pelusuk kampung untuk menyertai upacara tarian Reed, atau juga dipanggil ‘Umhlanga’.

Gadis-gadis yang menyertai majlis itu akan memakai skirt pendek bermanik, barang kemas dan aksesori berwarna warni serta kelihatan seksi.
Menjadi tarikan kepada majlis ini apabila persembahan separuh bogel dipersembahkan di hadapan Raja Mswati III iaitu pemerintah Swaziland.
Upacara yang berlangsung sekitar akhir Ogos atau awal September setiap tahun itu adalah bertujuan untuk memberi penghormatan kepada ‘Queen Mother’ mengikut kepercayaan mereka.
Selain itu, majlis ritual itu dianjurkan dengan objektif lain adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Swaziland.
Namun, objektif terpenting puluhan ribu anak gadis masih suci berkenaan menari separuh bogel di padang yang luas adalah untuk menarik perhatian raja mereka.
Andai terpilih sebagai isteri, maka itu akan menjadi jalan keluar dari kemiskinan kepada mereka.
Dalam erti kata sebenar, majlis itu sebenarnya menjadi medium untuk pemilihan isteri kepada Raja Mswati III.
Baginda akan melihat setiap seorang gadis yang membuat persembahan dan akan memilih sesiapa sahaja yang diminati baginda untuk dijadikan isteri.
Kini, Raja Mswati III dipercayai mempunyai lebih dari 14 isteri, dan jumlah itu tidak termasuk gundik-gundiknya.
Sikap beliau itu berbeza dengan peraturan yang ditetapkan beliau sendiri di negara berkenaan di mana seorang lelaki hanya dibenarkan mengahwini paling ramai dua orang wanita sahaja.
Mengikut rekod, Raja Mswati III adalah antara raja terakhir yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki di Benua Afrika, mengamalkan cara hidup yang mewah, berpoligami walaupun undang-undang Swaziland menetapkan hanya dua isteri sahaja.
Selain itu, Swaziland merupakan antara negara termiskin di dunia akibat dari penyelewengan kewangan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh Raja Mswati III.

Suami Mati Setelah Dipaksa Melakukan Hubungan Seks Dengan Enam Isterinya!



NIGERIA – Seorang ahli perniagaan meninggal dunia setelah dikepung dan dipaksa melakukan hubungan seks oleh kesemua enam isterinya secara bergilir-gilir dua hari lepas.
Siasatan awal mendapati kes tersebut berlaku disebabkan kesemua isteri ahli perniagaan berkenaan berada dalam keadaan ‘marah dan cemburu’.
Menurut polis, kejadian terjadi kira-kira pukul 3 petang sewaktu Uroko Onoja, dari Ugbugbu Owukpa, baru saja pulang ke rumahnya dan hendak beristirahat di bilik isterinya yang paling muda.

Namun, tiba-tiba saja, lima orang isterinya yang lain datang ke bilik tidur mereka berdua sambil membawa pisau.
Mereka menuntut agar Uroko ‘melayan’ mereka semua secara bergilir-gilir.
Giliran itu juga sudah ditentukan, mereka memaksa Uroko melayan kesemua daripada mereka bermula dari isteri termuda hingga yang tertua.
Menurut polis, pada awalnya semua ‘berjalan lancar’, tetapi ketika tiba giliran isteri kelima Uroko sudah tidak bernafas.
” Tiba-tiba, suami saya berhenti bernafas, dan mereka (isteri-isteri yang lain) terus ketawa, tapi ketika mereka melihat saya gagal membangunkannya kembali, mereka semua panik dan terus berlari ke dalam hutan, ” kata salah seorang isteri Uroko.
Polis Nigeria sehingga kini telah menahan dua orang isteri Uroko untuk membantu siasatan.

Luna Maya Dan Cut Tari Di Penjarakan, Selepas Ariel Peterpan Bebas?




Sekitar jam 9.08 pagi tadi, media Indonesia digamatkan dengan pembebasan penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham. Secara umumnya, semua sedia maklum bahawa Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan, bermula pada 23 Jun 2010 yang lalu selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan dua artis wanita Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.
Menurut satu laporan media Indonesia, Ariel telah memanjatkan syukur dan gembira atas pembebasan bersyaratnya. Selain itu, beliau turut mengakui sangat senang kerana saat ini sememangnya sudah lama beliau nanti-nantikan. Sewaktu melangkah keluar dari Rumah Tahanan Kebon Waru, Ariel telah disambut oleh kedua orang tuanya, anggota Peterpan yang lain, penyanyi kumpulan Geisha, Momo serta para peminat setianya yang digelar Sahabat Peterpan.
Setelah pembebasan Ariel, laporan media Indonesia turut menyebut bahawa, berkemungkinan dua selebriti iaitu Luna Maya dan Cut Tari yang didakwa terlibat dengan kes ini, turut akan dijatuhkan hukuman penjara tidak lama lagi.
Menurut seorang pegawai polis Jakarta, Agus Rianto, kes yang membabitkan Luna Maya dan Cut Tari ini masih lagi dalam proses siasatan dan kes ini masih lagi belum selesai, bahkan pihak polis Indonesia sendiri diminta untuk melengkapkan data-data yang berkaitan dengan kes ini.
Sementara itu, selesai sahaja sidang media pembebasan beliau, Ariel difahamkan akan ke BAPAS (Balai Permasyarakatan) bagi menyelesaikan dokumen-dokumen yang harus ditandatangani sebagai syarat PB (Bebas Bersyarat). Selain itu, Ariel turut merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama pihak media dan Sahabat Peterpan di Hotel Grand Serela, Bandung.
Sumber : Malaysiandigest.com

Nora Danish Tidak Mahu Terburu-Buru Cari Suami Baru



Jika disebut nama Nora Danish, pasti anda akan teringat tagline, “Kita Enjoy!”, kan?
Namun bagi Nora Danish yang juga seorang pelakon dan sentiasa kelihatan comel dimata peminat, rumahtangga dan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat mainan.
Dalam temubual Nora Danish bersama akhbar Kosmo Online, Nora menjelaskan bahawa dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup yang baru. Ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, ini memberitahu buat masa sekarang dia mahu menumpukan pada kerjayanya dan juga anak tunggalnya yang semakin membesar.
“Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia bukan keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang. Lagipun saya mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anak saya yang semakin membesar, manakala kerjaya seni saya juga semakin berkembang. Jadi, saya jarang terfikir sangat mengenai perkahwinan.”
Walaubagaimanapun, Nora Danish memberitahu bahawa kini dia sedang rapat dengan seorang jejaka. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut dan mengakui hubungan mereka masih diperingkat awal.
“Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.” – Nora Danish dipetik dari Kosmo Online.

Monday, July 23, 2012

Awie Dedah Lima Kali Dibuli Gengster




KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meluahkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain mengaitkan dia dengan ‘gengsterisme’.
Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sebagai seorang penyanyi yang dikenali, dia terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.
“Sejak masuk dalam industri hiburan lagi, saya sering dipandang serong oleh segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal gengsterisme.

“Memang sudah lekat di fikiran orang, apabila ada berita artis bergaduh ia semestinya melibatkan saya.
“Agak sedih dengan tanggapan begitu, tetapi nak buat macam mana? Walaupun saya cuba mempertahankan diri daripada sekumpulan gengster, saya tetap dilihat sebagai punca sesebuah pergaduhan itu berlaku,” katanya.
Tambah Awie, sepanjang hampir 30 tahun bergelar penyanyi, sebanyak lima kali dia dibuli oleh sekumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya.
“Apabila berada di sebuah tempat yang kita tahu ramai kumpulan gengster, perlukah saya mencari gaduh? Itu namanya cari bahaya.
“Lima kali saya dibuli dan setiap kali diganggu, pasti saya akan pertahankan diri. Namun, masyarakat pula menganggap saya ini kaki pukul,” ujarnya.
Ditanya adakah penyakit gangguan makhluk halus yang dialaminya sebelum ini ada kaitan dengan isu pergaduhan yang pernah berlaku padanya, Awie enggan mengambil tahu tentang perkara tersebut.
Beritahu Awie, sepanjang setahun lebih menjalani perubatan secara tradisional, dia tidak pernah meminta bantuan bomoh untuk melihat siapa yang cuba menganiayanya dengan cara syirik itu.
“Rasanya, sepanjang hidup ini saya tidak pernah berlaku nakal atau cuba menganiaya orang. Melainkan saya pertahankan diri daripada dianiaya, itu benar.
“Tak tahulah kalau penyakit misteri saya ini adalah angkara orang yang tak puas hati dengan saya. Cuma andai kata benar ada yang berkecil hati, maafkan saya, kerana saya seorang manusia biasa yang sering melakukan kesalahan,” ujarnya.
Bagaimanapun, Awie mengambil perkara yang telah berlaku padanya itu secara positif dengan menganggap ia mungkin satu penebusan dosa-dosa masa lampau yang mungkin tidak disedarinya.
“Apa yang saya lihat, bermula dengan isu gengsterisme, kemudian terpaksa berada di bawah pemantauan polis selama dua tahun akibat bergaduh dengan pegawai polis.
“Seterusnya diikuti pula dengan penyakit misteri yang dialami, saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan kehidupan.
“Ia adalah penebusan dosa-dosa saya. Alhamdulillah, kini saya bebas daripada penyakit misteri itu,” katanya.
mStar

Malaysia Antara Negara “Tewas” Dalam Kehilangan RM893Billion Modal~Kata Penyelidik



Hiasan
KUALA LUMPUR, 22 Julai — Sejumlah RM893 billion dipercayai keluar daripada cukai ekonomi Malaysia ke luar negara antara 1970 dan 2010, demikian berdasarkan laporan kaji selidik berpangkalan di London, meletakkan negara berada di tangga tertinggi antara 20 negara membangun yang dilabelkan sebagai “tewas” dalam kehilangan modal.
Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada hutang Malaysia yang berjumlah RM257.2 bilion pada 2011, menurut laporan media sebelum ini.
Kajian yang dijalankan oleh Tax Justice Network (TJN), satu organisasi professional berpangkalan di London termasuk ahli-ahli ekonomi dan perunding cukai, Malaysia sekarang menduduki tangga ke-12 dua anak tangga di atas RM533 bilion aliran keluar Singapura dan ketiga di bawah Indonesia yang berjumlah RM1 trilion.
Menurut penyelidik James Henry di The Guardian UK hari ini, “ekonomi luar pesisir” meninggalkan satu impak utama dengan anggaran-anggaran ketaksamaan kekayaan dan pendapatan baru dalam mana-mana negara, serta anggaran-anggaran nisbah pendapatan negara dan hutang.
“Yang lebih penting — (ia akan) mempunyai kesan negatif amat penting di pangkalan-pangkalan cukai tempatan ‘sumber’ negara,” kata Henry dipetik akhbar berkenaan.
Bekas ahli ekonomi dan ketua di perundingan McKinsey, dalam menyediakan laporan penyelidikan bertajuk “The Price of Offshore Revisited” untuk TJN, telah memperolehi data daripada Bank of International Settlements (BIS), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan para penganalisis sektor swasta untuk menyimpulkan bahawa lebih empat dekad lalu, satu anggaran mencemaskan sejumlah RM66 trilion atau mungkin RM100 trilion telah membanjiri daripada negara asal mereka merentasi dunia meresap masuk ke dalam “rekahan sistem kewangan”.
Menurut The Guardian, ini malah lebih besar daripada saiz keseluruhan ekonomi Amerika.
Kajian berkenaan menunjukkan bahawa aset tersembunyi luar negara oleh mereka yang mahu mengelak cukai-cukai menandakan pekali gini rasmi sebuah negara menderita akibat kehilangan modal tidak akan mencerminkan satu gambaran sebenar.
“Standard mengukur ketaksamaan, yang cenderung untuk bergantung kepada kaji selidik pendapatan isi rumah atau kekayaan dalam setiap negara, secara radikalnya memperkecilkan jurang benar antara kaya dan miskin,” lapor The Guardian.
Ahli TJN John Christensen berkata ini bermaksud bahawa ia menunjukkan ketaksamaan mungkin menjadi lebih “teruk,” daripada perangkaan rasmi.
“Tetapi ahli-ahli politik masih bergantung pada lelehan memindahkan kekayaan untuk orang lebih miskin.
“Data baru ini menunjukkan bertentangan telah berlaku: untuk tiga dekad kekayaan luar biasa telah dialir ke dalam akaun-akaun luar negara satu bilangan yang kecil yang sangat kaya,” katanya lagi.
Pada Disember tahun lalu, pemerhati Amerika Syarikat, Global Financial Integrity melaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan RM150 bilion melalui kehilangan modal dalam 2009 sahaja, keempat tertinggi untuk negara-negara membangun.
Pemerhati itu juga mendapati bahawa Malaysia telah kehilangan sejumlah US$338 bilion (RM1.08 trilion) pada dekad pertama abad ini manakala RM930 bilion telah keluar dari negara antara 2000 dan 2008, bertambah kepada RM218 bilion setiap tahun dari permulaan RM71 bilion dalam tempoh itu.
Pembangkang pusat telah lama mengkritik Barisan Nasional (BN) atas kekurangan dalam menguruskan fiskal Malaysia ekoran perbelanjaan yang mana dakwa mereka bakal menyebabkan negara ini berhadapan dengan krisis hutang suatu masa nanti.

Bas Tersadai Di Hutan Selepas ‘Dialih’ Makhluk Halus



ORANG ramai melihat keadaan bas Pahala Kencana yang tersadai di hutan Gadogan, Jawa Tengah selepas laluannya dipercayai 'dialihkan' oleh makhluk halus
JAKARTA – Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,”

Datuk Ditahan Ponteng Puasa


BANDARAYA MELAKA – Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam.
Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.
“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.
“Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan ‘panas’ tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.
“Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu,” katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.
Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.
“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata,” katanya.
Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.
Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan.
Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan.

Nabila Huda Mengaku Johan As’ari Sayangkannya



Minggu lepas OHBULAN! ada menyiarkan sebuah artikel mengenai Johan As’ari yang secara terang-terang mengaku dia menyayangi Nabila Huda dengan ucapan-ucapan  manis di laman Twitternya.
Kenyataan Johan di laman Twitter-nya telah mengundang pelbagai persoalan dari pelbagai pihak samada ianya hanyalah gimik ataupun memang benar mereka sedang bercinta.
Dalam perkembangan terbaru, melalui Media Hiburan, Nabila Huda memberitahu bahawa dia sendiri baru membaca dan terkejut dengan status Twitter Johan.
“Baru pagi tadi saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya.”
Nabila turut mengaku bahawa apa yang ditulis Johan sememangnya adalah perkara yang sedang terjadi di antara mereka berdua.
“Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik. Saya bersyukur kerana dia menghargai saya. Saya banyak mengajar dan berkongsi banyak perkara dengannya.”
Tidak menafikan, Nabila berharap agar peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.
“Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain ‘just go with the flow’. Doakan sahaja hubungan kami menjadi.” – Nabila Huda dipetik dari Media Hiburan.
Baguslah kalau begitu, ini adalah perkara yang baik untuk dikongsi. Semoga Nabila dan Johan sentiasa bahagia bersama. via Media Hiburan

“Saya Pun Ada Sejarah Hitam Saya Sendiri” – Irma Hasmie



Baru sahaja mendirikan rumahtangga dan selesai berbulan madu, Irma Hasmie yang telah sah menjadi isteri kepada Redza Syah Azmeer telah dikejutkan dengan gosip mengenai status lampau suaminya di media-media tempatan.
Kecoh apabila beberapa keping gambar suaminya pernah berkahwin sebelum ini tersebar di blog-blog hiburan tempatan. Gambar yang telah dimuat-naik ke dalam sebuah laman web itu adalah gambar perkahwinan Redza yang pertama sekitar awal tahun 2010.
Biasalah jika sudah berkahwin dengan selebriti, pasti akan terkena tempias gosip. Namun itu semua tidak menjadi masalah dan isu kepada Irma Hasmie apabila dia sendiri mengaku yang dia memang sudah mengetahui mengenai perkara itu sebelum berkahwin lagi.
“Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.”
Irma Hasmie turut memberitahu bahawa banyak fakta mengenai perkahwinan suaminya sebelum ini yang telah ditokok tambah dan dia tidak menganggap perkara itu sebagai isu yang besar pun.
“Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya. Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.” – Irma dipetik dari Utusan.

Subhanallah! Anjing Didakwa Lahir Anak Kucing




PYONGYANG: Seorang lelaki mendakwa anjing peliharaannya melahirkan seekor anak kucing awal minggu lalu.
“Memang benar. Ia satu keajaiban. Selepas haiwan itu dilahirkan, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Ia kelihatan seperti kucing dan bunyi seperti kucing. Jadi bagaimana ia boleh jadi anak anjing,” kata Jeong Pyong-bong, 63 kepada akhbar Korea Herald ketika menunjukkan ibu anjing dan anak yang dilahirkannya.
“Orang ramai dari seluruh bandar datang ke rumah saya untuk melihat sendiri keajaiban itu selepas berita mengenainya tersebar. “Saya tahu bagaimana ini boleh terjadi. Anjing saya sering keluar malam. Boleh dikatakan sepanjang malam ia berada di luar. Saya rasa ia mungkin melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan kucing jantan,” kata Pyong-bong.
Walaupun dia berkeras mempertahankan ‘keajaiban itu,’ pakar berkata, kelahiran seumpama itu tidak mungkin berlaku.
“Tidak mungkin seekor anjing melahirkan anak kucing,” kata Professor Son Chang-ho dari Kolej Sains Veterinar, Universiti Kebangsaan Chonnnam.
“Jumlah kromosom dalam anjing dan kucing berbeza sama sekali. Tetapi, jika ia anak anjing dan kelihatan seperti anak kucing, ia satu kemungkinan,” katanya.
Ini bukan kali pertama kelahiran seumpama itu didakwa berlaku.
Dakwaan anjing melahirkan anak kucing pernah dibuat di China beberapa tahun lalu sementara di Brazil, kira-kira enam tahun lalu, terdapat laporan kononnya seekor kucing melahirkan dua anak anjing. – DM

Saturday, July 21, 2012

Komen Kantoi Tentang Bersamamu TV3




Mungkin ramai antara pembaca-pembaca pernah tengok Bersamamu di TV3.Di sini,Budakserius ingin kongsikan satu printscreen kantoi mengenai Bersamamu  yang budakserius dapat di facebook pagi ini. Jom terjah.


Wanita ini belasah kekasih denagn kasut stiletto




AUGUSTA, KOMPAS.com — Seorang perempuan AS didakwa melakukan pembunuhan setelah diduga membunuh kekasihnya dengan tumit kasut stiletto-nya. Pihak berwajib di Georgia menuduh Thelma Carter (46), memukul kekasihnya dengan tumit kasutnya yang kemudian menyebabkan si lelaki tewas.

Polis yakin, Robert F Higdon (48), dibunuh pada Ahad (31/7/2011) malam setelah perseteruan fisik antara kedua orang di dalam trailer mereka di sebuah kawasan rumah kereta di Augusta. Para penyidik tidak yakin tentang berapa kali Carter diduga memukul Higdon dengan kasut sebelum ia akhirnya meninggal. Namun mereka mengatakan, tubuh lelaki itu menunjukkan adanya tanda-tanda trauma di kepala.

Carter mengatakan kepada polis bahawa dia melarikan diri dari trailer itu setelah perseteruan tersebut dan ketika kembali ia menemukan Higdon telah tewas. Augusta Chronicle melaporkan, polis menemukan mayat lelaki itu pada Isnin pagi setelah Carter memberi tahu mereka tentang kematian tersebut.

Friday, July 20, 2012

After School(애프터스쿨) _ Flashback MV

Misteri Batu Nisan ‘Bernyawa’ Berusia Lebih 300 Tahun



KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.
Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.
Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.
Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.
Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.
Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.
“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.
“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.
Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.
“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.
“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.
Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.
“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.
“Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.
Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.
“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.
Harian Metro

Pemandu Teksi Dajjal !!! Perkosa Pelajar Kolej Dalam Semak



Lagi pemandu teksi dajal. Kali ini, seorang drebar teksi sanggup mengugut akan menolak seorang penuntut kolej ke dalam gaung sebelum bertindak memperkosanya di kawasan semak di Jalan Lama Gombak, dekat sini, sebelum mengikat tangan dan kaki mangsa, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, gadis malang terbabit yang berusia 19 tahun menaiki teksi berkenaan di Batu Caves, sebelum meminta pemandu terbabit menghantarnya ke Taman Batu Muda, Sentul.

Hiasan
Menurut sumber, bagaimanapun ketika dalam perjalanan, pemandu itu memberitahu ingin membuang air kecil dan terus mengubah laluan ke Jalan Lama Gombak sebelum berhenti di tepi kawasan semak.
“Sangkaan mangsa lelaki itu memang ingin membuang air kecil ternyata meleset apabila tiba-tiba lelaki itu membuka pintu penumpang belakang dan mengarahkan mangsa keluar secara paksa.
“Terkejut engan tindakan itu, mangsa cuba melawan namun gagal sebaliknya ditampar beberapa kali sebelum diacukan pisau di leher dan mengarahkan mangsa supaya berdiam diri serta mengikut segala arahannya,” katanya
pesanan myberita: Berhati-hatilah terutama kepada semua wanita apabila berada di luar sana

SELAMAT BERPUASA...Semoga Ramadhan 1433 ini LEBIH BAIK dari Ramadhan sebelumnya.



Gembira dan senang dengan datangnya bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah swt :

“Katakanlah (wahai Muhammad saw) Dengan Datang-nya Anugerah Allah Dan Rahmat-Nya, Maka Dengan Itu Hendaknya Mereka Bergembira” (QS Yunus 58),

dan juga Sabda Rasulullah saw :

“Barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan menjaganya dengan segenap kemampuannya, maka diampunilah seluruh dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim). 

SISTAR 씨스타_Loving U_Music Video HD

VIDEO: Inspektor Polis Ditahan ‘Belasah’ Pekerja Hotel, Apa Sudah Jadi?



Adalah agak malang di saat pihak pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysi (PDRM) berusaha membersihkan imej pasukan itu, masih ada yang gagal memahami visi dan misi yang ingin diterapkan sehingga sanggup bertindak ‘ala samseng’ hanya kerana salah faham yang boleh diselesaikan cara baik dan tanpa paksaan.
Begitulah apa yang terjadi di Seremban, Negeri Sembilan apabila seorang pegawainya yang berpangkat inspektor berusia 32 tahun telah datang ke hotel bersama tiga rakannya untuk menginap.
Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.
Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Dia kemudiannya didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang itu.
Apapun tindakan pantas pihak polis menahan inspektor berkenaan patut dipuji kerana ini menunjukkan mereka tidak ‘memilih bulu’ dalam menjalankan tugas walaupun yang ditahan itu adalah pegawai mereka sendiri.
Yang pasti, kita sedang menunggu apa hasil siasatan dan kita berharap dia akan segera dihadapkan ke muka pengadilan agar mendapat pengadilan yang sewajarnya.
link video Disini
Semoga tingkah laku buruk dalam PDRM dan agensi penguatkuasa lain akan terus dibendung, malah kalau boleh ‘dihapuskan’ terus bagi mengembalikan imej dan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Sayang, kesungguhan pegawai dan anggota polis siang malam bertugas demi menjaga keselamatan kita ‘dicemarkan’ oleh tindakan segelintir mereka yang tidak bertanggung jawab ini!

35% lelaki di Brazil melakukan hubungan seks dengan haiwan

Sebuah kajian baru menemukan kalau 35% lelaki dari pedesaan Brazil pernah melakukan hubungan seks dengan binatang termasuk kuda, lembu, babi dan ayam. Dan kajian ini juga menemukan bahawa lelaki yang berhubungan seks dengan haiwan dua kali lebih rentan terkena kanser penis.


Dari sebanyak 492 orang mengambil bahagian dalam kajian mulai usia 18-80 tahun. Dan pasukan ahli urologi dari Brazil yang terlibat dalam projek penelitian, melihat adanya faktor risiko untuk kanser penis pada lelaki.Dan lelaki yang berhubungan seks dengan binatang selama hidup mereka dua kali atau lebih mungkin terkena kanser penis. Selain itu indikator tinggi terkena penyakit kelamin yang menular akibat kebiasaan menjijikan ini.

Dari 492 lelaki yang mengambil bahagian dalam studi ini, 118 adalah pesakit kanser penis. Sebanyak 45 peratus dari mereka yang menderita kanser menceritakan bagaimana mereka telah berhubungan seks dengan binatang. Cuba bandingkan dari kajian pada 32 peratus dari lelaki sihat. Sebanyak 59 peratus lelaki yang berhubungan seks dengan binatang melakukannya selama satu sampai lima tahun, sementara 21 peratus melanjutkan perilaku, juga dikenal sebagai zoophilia, selama lebih dari lima tahun.

Subjek melaporkan frekuensi untuk tindakan seks mereka, mulai dari bulanan hingga harian.
Seorang ahli bernama Stjnio de Cassio Zequi, seorang urologi di Sao Paulo, mengatakan pada kajianya adalah yang pertama untuk menghubungkan perilaku zoophilia untuk kanser kelamin laki-laki.
Dia mengatakan bahawa jika seorang lelaki memiliki hubungan seks dengan haiwan itu boleh menghasilkan trauma pada jaringan penis manusia. “Selaput lendir kelamin haiwan dapat memiliki karakteristik yang berbeza dari alat kelamin manusia, dan sekresi haiwan berbeza dari cairan manusia. Mungkin jaringan haiwan kurang lembut dari kita, sekresi haiwan ini akan menjadi racun bagi kita.”

James Blunt - Wisemen [OFFICIAL VIDEO]

Thursday, July 19, 2012

CURI BARANGAN RUNCIT SOROK CELAH KELANGKANG




PARIT BUNTAR  - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.
Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.
Sorok Barang Dalam Kain
Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.
“Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.
“Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita.
Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya.
“Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.
“Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian,” katanya.
Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit.
“Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan. – Sinar Harian Online

Uncle Seekers Dibebas Dengan Jaminan Polis




JOHOR BAHRU – Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.
Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.
Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.
Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.
Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.
Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.
Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini. – Bernama

Pramugari Ditiduri Hantu Raya (Seram!)



Pramugari Ditiduri Hantu Raya |Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini.
Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Subhanallah! Budak Berusia Setahun Sudah Mengandung



Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar budak pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.
Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.






P/S: Ingat lagi ke kisah ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang melahirkannya suatu ketika dahulu. Ramai orang menuduh Maryam berzina kerana tidak berkahwin. Sedangkan itulah adalah kekuasaan Allah SWT.

Sanggup Jual Tubuh Angkara Gajet


Sarah Kesal Terlanjur

JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.

Setan Merah Kini Menyerang!



SAN DIEGO – Penduduk di sini kecoh selepas pantai-pantainya diserang sotong gergasi mencecah 1.5 meter panjang.
Kehadiran sotong yang terkenal dengan gelaran ‘Syaitan Merah’ itu menakutkan orang ramai terutamanya penyelam manakala puluhan bangkai raksaksa laut itu dilihat terdampar di tepi beberapa buah pantai yang sarat dengan pelancong.
Sotong jenis Humbolt itu dipercayai bergerak dari laut dalam pada minggu lalu dan mengancam penyelam yang tidak menyedari kehadirannya.
Ia boleh membesar sehingga mencecah berat 45 kilogram dan merupakan haiwan pemangsa ganas.
Seorang penyelam, Shanda Magill memberitahu dia hampir menemui ajal apabila dilanggar dan dibelit seekor sotong besar itu sebelum ia melepaskannya dan beredar semasa dia menyelam di perairan cetek di sini baru-baru ini.
“Saya tidak akan menyelam lagi sehingga semua sotong itu beredar. Saya seperti masuk ke dalam kandang singa,” kata seorang penyelam lain, Mike Bear.
Sotong Humbolt memburu dalam kumpulan besar mencecah 1,200 ekor dan mampu menggelonsor di atas permukaan laut seolah-seolah sedang terbang. – AP

Wednesday, July 18, 2012

Anak Patung Barbie Tiba-Tiba Hidup Dan Jadi Kegilaan Di Internet







Selama ini Barbie Doll hanyalah khayalan manusia dan amat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan mak budak juga aku rasa sukakannya.Semacam suatu impian untuk mereka memiliki rupa paras dan bentuk tubuh seperti Barbie Doll yang menghampiri kesempurnaan.

Valeria Lukyanova 21,dikatakan amat bertuah kerana dikatakan mempunya ciri-ciri Barbie Doll,berambut perang,bermata biru dan bertubuh langsing.Dia kini menjadi terkenal di Rusia menerusi blog dan laman facebooknya.






















Sebenarnya banyk persoalan yang ditimbulkan didalam facebook beliau,ramai yang tidak berkeyakinan yang ianya adalah asli dan hanyalah teknik gambar photoshope.Mungkin anda boleh membuat tafsiran sendiri samada dia adalah jelmaan Barbie Doll atau mulut anda yang ternganga bila sahaja menatap wajahnya...

Gambar-gambar menarik dan pelik di malaysia

Share

Apakah ini?


Bahaya tu takde pintu


Kat tiang lampu pun leh buh astro hehehe



Erm..baru buat persembahan ni kt majlis hari jadi


"OFFICE"??eja pun dah kantoi hehehe



kesian ngantuk



aduyai bahasa


Boleh test kat umah korg degil org ckp tak leh parking nk parking gak




1 MALAYSIA



kucing malaysia pun pandai merempit ape kejadahnya semua ini


berani nak keluar




dont pres2 lor



sanggup gadai nyawa



sapa la ni